Halaman

Tuesday, September 7, 2010

Tanda-tanda kiamat

Sedarkah kita, bahawa tanda-tanda kiamat itu sudah ada? Oleh kerana dengan kesibukan hal duniawi kini, manusia semakin lupa perihal hari kiamat itu semakin menghampiri kita. Dunia kita ini sudah tua! Berikut merupakan tanda-tanda hari kiamat;

- Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
- Lahirnya Dajjal.
- Keluar asap tebal.
- Turunnya Nabi Isa a.s.
- Kemunculan Imam Mahdi.
- Matahari terbit dari ufuk barat.
- Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
- Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
- Runtuhnya Ka'abah
- Terdengar tiupan sangkakala pertama.
- Ada azan tak di jawab
- 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

hutang

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.

Maksud Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar bermaksud :




"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Ayat seribu dinar diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.


Ayat seribu dinar mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.