Halaman

Friday, October 29, 2010

Tuhan Melihat Hatimu

Pada suatu hari, Hasan Al-Basri pergi mengunjungi Habib Ajmi, seorang sufi besar yang lain. Pada waktu solatnya, Hasan mendengar Ajmi banyak melafaskan bacaan solatnya dengan keliru. Oleh karena itu, Hasan memutuskan untuk tidak solat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang baik bagi dirinya untuk solat bersama orang yang tak boleh mengucapkan bacaan solat dengan benar.


Di malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar Tuhan berbicara kepadanya, “Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan solatmu, kau akan memperoleh keredhaanKu, dan solat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh solat dalam hidupmu. Kau mencuba mencari kesalahan dalam bacaan salatnya, tapi kau tak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna.

Wednesday, October 20, 2010

Doa ketika berdukacita atau sedih


"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang."

 
Manusia sering diuji dengan pelbagai dugaan. Ada dugaan yang berbentuk kesenangan dan ada yang berbentuk kesusahan. Ujian yang Tuhan berikan kepada hambaNya adalah setakat kemampuan setiap hambaNya. Allah s.w.t itu yang menjadikan setiap sesuatu, Allah s.w.t lebih mengetahui setiap perkara kelebihan dan kekurangan setiap sesuatu yang diciptakanNya. Maka, Tuhan turunkan ujian sebagai dugaan untuk hamba-hambaNya berfikir,sedar dan perbaiki kelemahan ataupun kesilapan supaya tidak lagi berulang. Allah s.w.t itu lebih mengetahui tahap kemampuan hambaNya, tidak akan Allah s.w.t menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya itu. Sebagai hambaNya, janganlah kita mengambil jalan yang mudah semata-mata kerana tidak mampu menempuh dugaan berat yang kita rasakan. Bersabarlah,sentiasalah ingat kepada Tuhan. Sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang, kepadaNya jualah tempat kita dikembalikan. Ingatlah, setiap detik yang terlintas dihati kita dalam mengingati Tuhan, adalah seruan Tuhan terhadap kita. Sekiranya kita rindu untuk bertemu dengan Tuhan, Tuhan juga rindu untuk bertemu dengan kita. Janganlah leka sehinggakan kita lupa pada tujuan utama kita dihantarkan ke bumi ini. Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Sedarlah wahai insan, walau siapapun dirimu, engaku tidak akan dapat menakluki dunia untuk selama-lamanya.