Halaman

Monday, November 15, 2010

Fardhu Ain & Fardhu Kifayah

Fardhu Ain
Suatu yang telah diwajibkan oleh Allah kepada setiap individu untuk melakukannya. Contohnya seperti solat 5 waktu. Ia merupakan konsep penting dalam membina peribadi yang dituntut oleh Islam.

Fardhu Kifayah
Fardhu kifayah tidak diwajibkan kepada setiap individu,tetapi apabila dilaksanakan oleh sebahagian orang,ia dianggap sudah gugur kewajipan semua. Apabila tidak seorang pun yang melaksanakannya , maka semua orang akan berdosa. Contohnya seperti pengurusan jenazah. Ia merupakan konsep penting dalam membina kemasyarakatan.

Adapun tuntutan fardhu kifayah adakalanya ia menjadi fardhu ain. Contohnya kepada seseorang pelajar mendalami ilmu kepakaran dalam suatu bidang seperti perubatan. Adapun tuntutan fardhu kifayah seprti solat jenazah,solat berjamaah dan lain-lainnya adalah dituntut.Disini jelas bahawa fardhu kifayah boleh berubah kepad afardhu ain sekiranya situasinyaberubah.

Wednesday, November 10, 2010

5 wasiat dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1.    Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2.    Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3.    Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4.    Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5.    Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Friday, October 29, 2010

Tuhan Melihat Hatimu

Pada suatu hari, Hasan Al-Basri pergi mengunjungi Habib Ajmi, seorang sufi besar yang lain. Pada waktu solatnya, Hasan mendengar Ajmi banyak melafaskan bacaan solatnya dengan keliru. Oleh karena itu, Hasan memutuskan untuk tidak solat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang baik bagi dirinya untuk solat bersama orang yang tak boleh mengucapkan bacaan solat dengan benar.


Di malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar Tuhan berbicara kepadanya, “Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan solatmu, kau akan memperoleh keredhaanKu, dan solat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh solat dalam hidupmu. Kau mencuba mencari kesalahan dalam bacaan salatnya, tapi kau tak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna.

Wednesday, October 20, 2010

Doa ketika berdukacita atau sedih


"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang."

 
Manusia sering diuji dengan pelbagai dugaan. Ada dugaan yang berbentuk kesenangan dan ada yang berbentuk kesusahan. Ujian yang Tuhan berikan kepada hambaNya adalah setakat kemampuan setiap hambaNya. Allah s.w.t itu yang menjadikan setiap sesuatu, Allah s.w.t lebih mengetahui setiap perkara kelebihan dan kekurangan setiap sesuatu yang diciptakanNya. Maka, Tuhan turunkan ujian sebagai dugaan untuk hamba-hambaNya berfikir,sedar dan perbaiki kelemahan ataupun kesilapan supaya tidak lagi berulang. Allah s.w.t itu lebih mengetahui tahap kemampuan hambaNya, tidak akan Allah s.w.t menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya itu. Sebagai hambaNya, janganlah kita mengambil jalan yang mudah semata-mata kerana tidak mampu menempuh dugaan berat yang kita rasakan. Bersabarlah,sentiasalah ingat kepada Tuhan. Sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang, kepadaNya jualah tempat kita dikembalikan. Ingatlah, setiap detik yang terlintas dihati kita dalam mengingati Tuhan, adalah seruan Tuhan terhadap kita. Sekiranya kita rindu untuk bertemu dengan Tuhan, Tuhan juga rindu untuk bertemu dengan kita. Janganlah leka sehinggakan kita lupa pada tujuan utama kita dihantarkan ke bumi ini. Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Sedarlah wahai insan, walau siapapun dirimu, engaku tidak akan dapat menakluki dunia untuk selama-lamanya.

Tuesday, September 7, 2010

Tanda-tanda kiamat

Sedarkah kita, bahawa tanda-tanda kiamat itu sudah ada? Oleh kerana dengan kesibukan hal duniawi kini, manusia semakin lupa perihal hari kiamat itu semakin menghampiri kita. Dunia kita ini sudah tua! Berikut merupakan tanda-tanda hari kiamat;

- Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
- Lahirnya Dajjal.
- Keluar asap tebal.
- Turunnya Nabi Isa a.s.
- Kemunculan Imam Mahdi.
- Matahari terbit dari ufuk barat.
- Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
- Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
- Runtuhnya Ka'abah
- Terdengar tiupan sangkakala pertama.
- Ada azan tak di jawab
- 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

hutang

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.

Maksud Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar bermaksud :




"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Ayat seribu dinar diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.


Ayat seribu dinar mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Monday, August 30, 2010

jangan sedih

jika seseorang itu hadir dalam hidupmu
dan kemudian jadi sebahagian daripada hidupmu
berkongsi sukar dan senang denganmu
walaupun untuk seketika waktu
tetapi kerana sebab-sebab tertentu
dia terpaksa memutuskan dan pergi meninggalkanmu
jangan terlalu sedih
terimalah kenyataan itu
sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakanmu
redhalah dengan ketentuan Tuhan

® 2010 Inspirasi by AHBA | aizatharis-haris.blogspot.com

Tuesday, August 24, 2010

jangan pernah berpaling dari Tuhanmu

Musa a.s. meminta Tuhan menunjukkan salah satu wali-Nya. Tuhan memerintahkan Musa untuk pergi ke sebuah lembah. Di tempat itu, Musa menemukan seseorang yang berpakaian compang-camping, kelaparan, dan dikerubungi lalat. Musa bertanya, “Adakah sesuatu yang dapat aku lakukan untukmu?” Orang itu menjawab, “Wahai utusan Tuhan, tolong bawakan aku segelas air.”
Ketika Musa kembali dengan segelas air, orang itu telah meninggal dunia. Musa pergi lagi untuk mencari sehelai kain untuk membungkus mayatnya, agar ia dapat menguburkannya. Ketika ia kembali ke tempat itu, mayatnya telah habis dimakan singa.


Musa merasa tertekan, ia berdoa, “Tuhan, Engkau menciptakan semua manusia dari tanah. Ada yang berbahagia tapi ada juga yang tersiksa dan hidup menderita. Aku tak dapat mengerti ini semua.”
Suara Yang Agung menjawab, “Orang itu bergantung kepada-Ku untuk semua hal. Tapi kemudian ia bergantung padamu untuk satu minuman. Dia tak boleh lagi meminta bantuan kepada orang lain kalau ia telah rida dengan-Ku.”

kasihku..

Andai kau jatuh, bangunlah
Andai kau lemah, kuatlah
Andai kau ragu, percayalah
Andai kau menangis, tabahlah
Andai kau rindu, kenanglah
Andai kau kasih, sayangilah

Aku tak kan mampu melihat kau gusar
Aku tak kan mampu biarkan kau berseorangan
Aku tak kan mampu untuk lepaskan
Kerana aku cintakan kau

® 2010 Inspirasi by AHBA | aizatharis-haris.blogspot.com

Monday, August 23, 2010

Selawat sebagai Pengubat Jiwa

Selawat dapat membina iman dan islam.


Dalam al-Quran Allah SWT berfirman:
Maksudnya"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" -(al-Ahzab:56)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat, penawar jiwa dan pembersih dosa bagimu." -(Riwayat Ibm Murdawaih).
Selawat yang kita baca, sebenarnya sampai kepada Nabi SAW di mana sahaja kita berada. Sabda Nabi SAW maksudnya:
"Diman saja kamu berada, maka berselawatlah kepadaku sebab selawatmu itu akan sampai kepadaku." -(Riwayat at-Tabrani).
"Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, yang tujuh puluh untuk akhiratnya dan yang tiga puluh untuk dunianya."- (Riwayat Ibn Najar dan Jabir r.a).
Diantara beberapa jenis selawat beserta fadhilatnya:


Selawat Agar Dosa Diampunkan


Lafas selawat maksudnya:
"Ya Allah, semoga Engkau berikan rahmat atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan para keluarganya dan limpahkan keselamatan."
selawat ini dari Anas bin Malik r.a. dari Rasulullah SAW:"Sesiapa membaca selawat ini dengan berdiri, maka diampunkan dosanya sebelum duduk, dan jika dibaca dengan duduk, maka ia diampunkan dosanya sebelum berdiri.


Selawat Untuk Menghilangkan Kesukaran dan Kesusahan


Lafas selawat maksudnya:
"Ya Allah, limpahkanlah rahmat keselamatan dan berkat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW kepada segenap keluarganya."
Selawat Mohon Hajat Dunia Akhirat


Selawat ini apabila dibaca sebanyak seratus (100) kali, Allah memakbulkan seratus hajatnya. Yang tiga puluh di dunia dan yang tujuh puluh di akhirat. Lafas selawat maksudnya:


"Ya Allah limpahkanlah rahmat kepda penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada keluarga penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada para ahli rumahnya."

Lirik lagu Cinta Terakhir

Penyanyi : Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Friday, August 20, 2010

Kerinduanmu Padaku Adalah Utusanku Bagimu

Pada suatu saat, seorang sufi tengah asyik dalam doa-doanya. Syaitan datang menghampirinya dan berkata, "Sampai bila kau akan terus seperti ini, memanggil-manggil Tuhan. Diamlah kau, Tuhan takkan pernah menjawabmu!"
Sufi itu menjadi teramat sedih dan termenung diam. Ia tak meneruskan doanya.
Di malam harinya, Nabi Khidhir hadir dalam mimpinya dan bertanya, "Mengapa engkau berhenti menyeru Tuhanmu?"
"Karena jawaban dari-Nya tak juga kuterima," berkata sufi itu.
Khidhir menjawab, "Tuhan sendiri yang menyuruhku untuk datang padamu. Dia berkata: Bukankah Aku yang memerintahkanmu untuk berdoa? Bukankah Aku yang menyibukkanmu dengan nama-Ku? Rintihanmu memanggil nama-Ku; Allah, Allah! adalah jawaban-Ku untukmu.
"Kerinduanmu pada-Ku adalah utusan-Ku bagimu. Akulah sumber dari semua air mata dan rintihanmu. Akulah yang memberi sayap bagi iringan munajatmu."