Halaman

Sunday, May 8, 2011

Cara Solat Qasar Dan Jamak Takhir

Berniat jamak ketika solat pertama.

a.Lafaz niat solat qasar dan jamak takhir antara solat fardu Asar
dengan fardu Zuhur.
              “Sahaja aku menunaikan solat fardu Asar dua rakaat qasar
              dihimpunkan kepadanya Zuhur jamak takhir kerana Allah Taala.
              “Sahaja aku menunaikan solat fardu Zuhur dua rakaat qasar
              dihimpunkan kepada Asar jamak takhir kerana Allah Taala.
b.Lafaz niat solat qasar dan jamak takhir antara solat fardu Isyak
dengan fardu Maghrib.
              
              “Sahaja aku menunaikan solat fardu Isyak dua rakaat qasar
              dihimpunkan kepadanyaMaghrib jamak takhir kerana Allah Taala.
              “Sahaja aku menunaikan solat fardu Maghrib tiga rakaat
              dihimpunkan kepadanya Isyak jamak takhir kerana Allah Taala.

Monday, November 15, 2010

Fardhu Ain & Fardhu Kifayah

Fardhu Ain
Suatu yang telah diwajibkan oleh Allah kepada setiap individu untuk melakukannya. Contohnya seperti solat 5 waktu. Ia merupakan konsep penting dalam membina peribadi yang dituntut oleh Islam.

Fardhu Kifayah
Fardhu kifayah tidak diwajibkan kepada setiap individu,tetapi apabila dilaksanakan oleh sebahagian orang,ia dianggap sudah gugur kewajipan semua. Apabila tidak seorang pun yang melaksanakannya , maka semua orang akan berdosa. Contohnya seperti pengurusan jenazah. Ia merupakan konsep penting dalam membina kemasyarakatan.

Adapun tuntutan fardhu kifayah adakalanya ia menjadi fardhu ain. Contohnya kepada seseorang pelajar mendalami ilmu kepakaran dalam suatu bidang seperti perubatan. Adapun tuntutan fardhu kifayah seprti solat jenazah,solat berjamaah dan lain-lainnya adalah dituntut.Disini jelas bahawa fardhu kifayah boleh berubah kepad afardhu ain sekiranya situasinyaberubah.

Wednesday, November 10, 2010

5 wasiat dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1.    Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2.    Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3.    Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4.    Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5.    Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Friday, October 29, 2010

Tuhan Melihat Hatimu

Pada suatu hari, Hasan Al-Basri pergi mengunjungi Habib Ajmi, seorang sufi besar yang lain. Pada waktu solatnya, Hasan mendengar Ajmi banyak melafaskan bacaan solatnya dengan keliru. Oleh karena itu, Hasan memutuskan untuk tidak solat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang baik bagi dirinya untuk solat bersama orang yang tak boleh mengucapkan bacaan solat dengan benar.


Di malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar Tuhan berbicara kepadanya, “Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan solatmu, kau akan memperoleh keredhaanKu, dan solat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh solat dalam hidupmu. Kau mencuba mencari kesalahan dalam bacaan salatnya, tapi kau tak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna.

Wednesday, October 20, 2010

Doa ketika berdukacita atau sedih


"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang."

 
Manusia sering diuji dengan pelbagai dugaan. Ada dugaan yang berbentuk kesenangan dan ada yang berbentuk kesusahan. Ujian yang Tuhan berikan kepada hambaNya adalah setakat kemampuan setiap hambaNya. Allah s.w.t itu yang menjadikan setiap sesuatu, Allah s.w.t lebih mengetahui setiap perkara kelebihan dan kekurangan setiap sesuatu yang diciptakanNya. Maka, Tuhan turunkan ujian sebagai dugaan untuk hamba-hambaNya berfikir,sedar dan perbaiki kelemahan ataupun kesilapan supaya tidak lagi berulang. Allah s.w.t itu lebih mengetahui tahap kemampuan hambaNya, tidak akan Allah s.w.t menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya itu. Sebagai hambaNya, janganlah kita mengambil jalan yang mudah semata-mata kerana tidak mampu menempuh dugaan berat yang kita rasakan. Bersabarlah,sentiasalah ingat kepada Tuhan. Sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang, kepadaNya jualah tempat kita dikembalikan. Ingatlah, setiap detik yang terlintas dihati kita dalam mengingati Tuhan, adalah seruan Tuhan terhadap kita. Sekiranya kita rindu untuk bertemu dengan Tuhan, Tuhan juga rindu untuk bertemu dengan kita. Janganlah leka sehinggakan kita lupa pada tujuan utama kita dihantarkan ke bumi ini. Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Sedarlah wahai insan, walau siapapun dirimu, engaku tidak akan dapat menakluki dunia untuk selama-lamanya.

Tuesday, September 7, 2010

Tanda-tanda kiamat

Sedarkah kita, bahawa tanda-tanda kiamat itu sudah ada? Oleh kerana dengan kesibukan hal duniawi kini, manusia semakin lupa perihal hari kiamat itu semakin menghampiri kita. Dunia kita ini sudah tua! Berikut merupakan tanda-tanda hari kiamat;

- Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
- Lahirnya Dajjal.
- Keluar asap tebal.
- Turunnya Nabi Isa a.s.
- Kemunculan Imam Mahdi.
- Matahari terbit dari ufuk barat.
- Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
- Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
- Runtuhnya Ka'abah
- Terdengar tiupan sangkakala pertama.
- Ada azan tak di jawab
- 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

hutang

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.