Fardhu Ain
Suatu yang telah diwajibkan oleh Allah kepada setiap individu untuk melakukannya. Contohnya seperti solat 5 waktu. Ia merupakan konsep penting dalam membina peribadi yang dituntut oleh Islam.
Fardhu Kifayah
Fardhu kifayah tidak diwajibkan kepada setiap individu,tetapi apabila dilaksanakan oleh sebahagian orang,ia dianggap sudah gugur kewajipan semua. Apabila tidak seorang pun yang melaksanakannya , maka semua orang akan berdosa. Contohnya seperti pengurusan jenazah. Ia merupakan konsep penting dalam membina kemasyarakatan.
Adapun tuntutan fardhu kifayah adakalanya ia menjadi fardhu ain. Contohnya kepada seseorang pelajar mendalami ilmu kepakaran dalam suatu bidang seperti perubatan. Adapun tuntutan fardhu kifayah seprti solat jenazah,solat berjamaah dan lain-lainnya adalah dituntut.Disini jelas bahawa fardhu kifayah boleh berubah kepad afardhu ain sekiranya situasinyaberubah.
Monday, November 15, 2010
Wednesday, November 10, 2010
5 wasiat dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Subscribe to:
Posts (Atom)