
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang."
Manusia sering diuji dengan pelbagai dugaan. Ada dugaan yang berbentuk kesenangan dan ada yang berbentuk kesusahan. Ujian yang Tuhan berikan kepada hambaNya adalah setakat kemampuan setiap hambaNya. Allah s.w.t itu yang menjadikan setiap sesuatu, Allah s.w.t lebih mengetahui setiap perkara kelebihan dan kekurangan setiap sesuatu yang diciptakanNya. Maka, Tuhan turunkan ujian sebagai dugaan untuk hamba-hambaNya berfikir,sedar dan perbaiki kelemahan ataupun kesilapan supaya tidak lagi berulang. Allah s.w.t itu lebih mengetahui tahap kemampuan hambaNya, tidak akan Allah s.w.t menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya itu. Sebagai hambaNya, janganlah kita mengambil jalan yang mudah semata-mata kerana tidak mampu menempuh dugaan berat yang kita rasakan. Bersabarlah,sentiasalah ingat kepada Tuhan. Sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang, kepadaNya jualah tempat kita dikembalikan. Ingatlah, setiap detik yang terlintas dihati kita dalam mengingati Tuhan, adalah seruan Tuhan terhadap kita. Sekiranya kita rindu untuk bertemu dengan Tuhan, Tuhan juga rindu untuk bertemu dengan kita. Janganlah leka sehinggakan kita lupa pada tujuan utama kita dihantarkan ke bumi ini. Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Sedarlah wahai insan, walau siapapun dirimu, engaku tidak akan dapat menakluki dunia untuk selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment