Dalam al-Quran Allah SWT berfirman:
Maksudnya"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" -(al-Ahzab:56)Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat, penawar jiwa dan pembersih dosa bagimu." -(Riwayat Ibm Murdawaih).Selawat yang kita baca, sebenarnya sampai kepada Nabi SAW di mana sahaja kita berada. Sabda Nabi SAW maksudnya:
"Diman saja kamu berada, maka berselawatlah kepadaku sebab selawatmu itu akan sampai kepadaku." -(Riwayat at-Tabrani).
"Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, yang tujuh puluh untuk akhiratnya dan yang tiga puluh untuk dunianya."- (Riwayat Ibn Najar dan Jabir r.a).Diantara beberapa jenis selawat beserta fadhilatnya:
Selawat Agar Dosa Diampunkan
Lafas selawat maksudnya:
"Ya Allah, semoga Engkau berikan rahmat atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan para keluarganya dan limpahkan keselamatan."selawat ini dari Anas bin Malik r.a. dari Rasulullah SAW:"Sesiapa membaca selawat ini dengan berdiri, maka diampunkan dosanya sebelum duduk, dan jika dibaca dengan duduk, maka ia diampunkan dosanya sebelum berdiri.
Selawat Untuk Menghilangkan Kesukaran dan Kesusahan
Lafas selawat maksudnya:
"Ya Allah, limpahkanlah rahmat keselamatan dan berkat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW kepada segenap keluarganya."Selawat Mohon Hajat Dunia Akhirat
Selawat ini apabila dibaca sebanyak seratus (100) kali, Allah memakbulkan seratus hajatnya. Yang tiga puluh di dunia dan yang tujuh puluh di akhirat. Lafas selawat maksudnya:
"Ya Allah limpahkanlah rahmat kepda penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada keluarga penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada para ahli rumahnya."
No comments:
Post a Comment